Tuesday, February 2, 2010

DEKORASI RUMAH UNTUK MAJALAH INTERIOR LAGI

PHOTO IHSAN DARI AIZUL @ RIANA

Akhir bulan lepas krew-krew dari Karangkraf telah datang ke rumah saya untuk menjalankan fotoshoot berkaitan dekorasi rumah. Sebelumnya Pengarang majalah Apartment Impiana telah menghubungi saya terlebih awal, so dapatlah saya membuat final touch up dalam masa seminggu lebih.

Sebenarnya bukan sekali ini saya terlibat dalam projek seperti ini. Sebelumnya hiasan dekorasi rumah saya pernah ditampilkan untk majalah 'Impiana', shooting dengan TV2 untuk program 'Laman Rias' dan juga NTV7 untuk program 'Life Session'. Itu untuk part rumah saya. Sementara untuk part kerja pula, saya pernah terlibat untuk majalah ID, News Straits Times dan pelbagai majalah lagi yang melibatkan rumah client saya.

Berbeza dengan beberapa fotoshoot sebelumnya, fotoshoot kali ini lebih nampak realistik dan hidup dimna foto-foto yang diambil bukan hanya susun atur perabot dan hiasan sahaja, tetapi menampilkan beberapa orang Model seperti Edwin, Thiran Naidu, Shima dan saya sendiri agar suasana rumah nampak hidup dan tidaklah kelihatan seperti muzium atau ruang pameran sahaja. Memang kreatif idea team majalah Apartment ini, membuatkan majalah ID mereka ini menapilkan kelainan dan kepuasan. Disamping itu, ada pula ditampilkan ruangan Lifestyle dimana ditunjukkan tempat2 menarik untuk mencari barangan hiasan yang menampilkan para Model, memang sungguh kreatif sekali.

Memandangkan pengarang mahukan sesuatu yang eksklusif, maka saya tidak dapat meletak banyak gambar seperti post sebelum ini. Kalau nak tengok gambar selebihnya, kenalah tunggu keluaran terbaharu majalah Apartment Impiana ini di pasaran